Panduan rawatan Dental Suite

Braces (Pendakap Gigi): Harga, Jenis dan Panduan Sebelum Memulakan Rawatan

Sedang mempertimbangkan braces kerana gigi berlapis, jarang atau kedudukan gigi yang tidak sekata?

  • Braces biasa dan Damon self-ligating
  • Pakej braces biasa: RM150 sebulan, tanpa deposit
  • 5 klinik Dental Suite di KL dan Selangor
Wanita bertudung tersenyum memakai braces (gambar ilustrasi).
Gambar ilustrasi, bukan hasil rawatan pesakit.

Braces bukan sekadar untuk meluruskan gigi supaya senyuman nampak lebih kemas. Rawatan ini juga boleh membantu memperbaiki kedudukan gigi dan cara gigi atas serta bawah bertemu ketika menggigit.

Namun, sebelum membuat keputusan, tentu ada beberapa perkara yang anda ingin tahu. Berapa harga braces? Sakit tak bila pakai braces? Perlu cabut gigi atau tidak? Dan apa beza braces biasa dengan Damon self-ligating?

Dalam panduan ini, kami terangkan satu persatu supaya anda lebih faham tentang pilihan rawatan, kos dan apa yang boleh dijangkakan sepanjang memakai braces.

Panduan

Apa Itu Braces dan Bagaimana Ia Berfungsi?

Braces, atau pendakap gigi, ialah alat ortodontik yang digunakan untuk menggerakkan gigi secara beransur-ansur ke kedudukan yang dirancang.

Braces biasanya terdiri daripada bracket kecil yang dilekatkan pada permukaan gigi dan disambungkan menggunakan dawai khas.

Dawai ini menghasilkan daya terkawal untuk menggerakkan gigi sedikit demi sedikit sepanjang rawatan.

Oleh sebab pergerakan gigi mengambil masa, anda perlu hadir untuk pemeriksaan dan pelarasan berkala. Doktor gigi juga akan memantau keadaan gigi, gusi dan gigitan anda.

Masalah gigi yang boleh dirawat dengan braces

Antara keadaan yang boleh dibantu melalui rawatan braces ialah:

  • Gigi berlapis atau tidak tersusun: Gigi bertindih, senget atau tumbuh terlalu rapat kerana ruang tidak mencukupi.
  • Gigi jarang: Terdapat ruang yang ketara antara satu gigi dengan gigi yang lain.
  • Gigi atas terlalu ke depan (overjet): Gigi depan bahagian atas menonjol lebih jauh ke hadapan berbanding gigi bawah.
  • Gigitan terlalu dalam (overbite atau deep bite): Gigi atas menutupi terlalu banyak bahagian gigi bawah apabila menggigit.
  • Gigi bawah lebih ke depan (underbite): Gigi depan bawah berada lebih ke hadapan daripada gigi depan atas.
  • Gigitan terbuka (open bite): Gigi depan atas dan bawah tidak bertemu apabila gigi belakang dirapatkan.
  • Gigitan silang (crossbite): Sebahagian gigi atas menggigit di sebelah dalam gigi bawah.

Kenali masalah gigi

Pilih masalah, kemudian seret slider untuk lihat ilustrasi.

Gigi berlapis, sebelum rawatan (ilustrasi)Gigi berlapis, dengan braces (ilustrasi)Gigi berlapis, selepas gigi disusun (ilustrasi)
Gigi jarang, sebelum rawatan (ilustrasi)Gigi jarang, dengan braces (ilustrasi)Gigi jarang, selepas gigi disusun (ilustrasi)
Gigi atas ke depan, sebelum rawatan (ilustrasi)Gigi atas ke depan, dengan braces (ilustrasi)Gigi atas ke depan, selepas gigi disusun (ilustrasi)
Gigitan dalam, sebelum rawatan (ilustrasi)Gigitan dalam, dengan braces (ilustrasi)Gigitan dalam, selepas gigi disusun (ilustrasi)
Gigi bawah ke depan, sebelum rawatan (ilustrasi)Gigi bawah ke depan, dengan braces (ilustrasi)Gigi bawah ke depan, selepas gigi disusun (ilustrasi)
Gigitan terbuka, sebelum rawatan (ilustrasi)Gigitan terbuka, dengan braces (ilustrasi)Gigitan terbuka, selepas gigi disusun (ilustrasi)
Gigitan silang, sebelum rawatan (ilustrasi)Gigitan silang, dengan braces (ilustrasi)Gigitan silang, selepas gigi disusun (ilustrasi)

Ilustrasi sahaja, bukan jangkaan hasil rawatan.

Penting untuk diketahui: Tidak semua masalah susunan gigi memerlukan braces. Ada keadaan yang lebih sesuai dirawat menggunakan kaedah lain. Contohnya, bagi sesetengah masalah bentuk gigi atau ruang kecil antara gigi, rawatan tampalan estetik mungkin boleh dipertimbangkan.

Masalah gigitan atau kedudukan rahang yang lebih kompleks pula mungkin memerlukan penilaian pakar ortodontik.

Doktor gigi akan memeriksa keadaan mulut anda terlebih dahulu sebelum mencadangkan rawatan yang sesuai.

Panduan

Jenis Braces di Dental Suite: Apa Bezanya?

Secara umumnya, terdapat pelbagai jenis pendakap gigi. Di Dental Suite, dua pilihan braces tetap yang ditawarkan ialah braces besi biasa (conventional braces) dan Damon self-ligating braces.

Kedua-duanya menggunakan bracket dan dawai untuk menggerakkan gigi. Perbezaan utama terletak pada cara dawai dipasang pada bracket.

1. Braces Besi Biasa (Conventional Braces)

Ini merupakan antara jenis braces yang paling biasa digunakan dalam rawatan ortodontik.

Braces jenis ini menggunakan bracket besi dan getah kecil untuk memegang dawai pada setiap bracket. Getah tersebut biasanya ditukar semasa lawatan pelarasan.

Ciri-ciri:

  • Menggunakan bracket besi dan getah kecil.
  • Getah braces boleh didapati dalam pelbagai warna.
  • Getah tertentu boleh berubah warna akibat makanan atau minuman.
  • Memerlukan pemeriksaan dan pelarasan secara berkala.

Harga pakej Dental Suite: RM4,500

Ansuran: RM150 sebulan selama 30 bulan, TANPA deposit.

Bayaran RM150 pada lawatan pertama sudah dikira sebagai ansuran bulan pertama.

2. Braces Damon Self-Ligating

Damon ialah salah satu sistem braces yang menggunakan bracket jenis self-ligating.

Berbeza dengan braces biasa, bracket Damon mempunyai mekanisme klip terbina dalam untuk memegang dawai. Oleh itu, getah kecil tidak diperlukan bagi tujuan tersebut.

Ciri-ciri:

  • Menggunakan bracket dengan klip terbina dalam.
  • Tidak memerlukan getah kecil untuk memegang dawai pada bracket.
  • Tetap memerlukan penjagaan kebersihan gigi dan pemeriksaan berkala.
  • Kesesuaian rawatan bergantung pada keadaan gigi dan gigitan pesakit.

Harga: Bermula RM7,999

Harga sebenar bergantung pada keperluan rawatan anda dan akan dimaklumkan selepas pemeriksaan gigi.

Perbezaan Braces Biasa dan Damon Self-Ligating

CiriBraces BiasaDamon Self-Ligating
Cara dawai dipegangGetah kecilKlip terbina dalam
Pilihan warna getahPelbagai warnaTak perlu getah pengikat
Kesan warnaGetah boleh berubah warnaTiada getah pengikat
Tempoh rawatanBergantung pada kesBergantung pada kes
Rasa sengalBoleh berlakuBoleh berlaku
Temu janjiPemeriksaan berkalaPemeriksaan berkala
HargaRM4,500 · RM150/bulan · tanpa depositBermula RM7,999

Kajian tidak menunjukkan secara konsisten bahawa braces self-ligating dapat memendekkan tempoh rawatan atau mengurangkan rasa sakit berbanding braces biasa. Doktor gigi akan membantu anda memilih jenis braces yang sesuai berdasarkan keadaan gigi anda.

Lihat cara dawai dipegang

Braces biasa

Getah kecil memegang dawai. Pilih warna:

Braces biasa

Damon self-ligating

Klip terbina dalam memegang dawai.

Damon self-ligatingDamon self-ligating

Ilustrasi sahaja, bukan jangkaan hasil rawatan.

Adakah Damon lebih baik daripada braces biasa?

Tidak semestinya. Kedua-duanya mempunyai ciri tersendiri, tetapi penggunaan sistem self-ligating tidak secara automatik bermaksud rawatan akan lebih cepat atau kurang sakit.

Jenis braces yang sesuai bergantung pada keperluan rawatan anda. Doktor gigi akan menerangkan perbezaan dan pilihan yang boleh dipertimbangkan selepas pemeriksaan.

Bagaimana jika kes saya lebih kompleks?

Sesetengah keadaan, terutamanya masalah gigitan atau kedudukan rahang yang lebih kompleks, mungkin memerlukan penilaian dan rawatan bersama pakar ortodontik perunding Dental Suite.

Bagi kes seperti ini, pelan rawatan dan anggaran kos akan diberikan selepas penilaian pakar. Pakej braces biasa RM4,500 tidak terpakai.

Selain Braces Biasa, Ada Pilihan Lain Ke?

Selain braces besi biasa dan Damon self-ligating, ada beberapa lagi jenis rawatan yang mungkin anda pernah dengar.

Setiap jenis mempunyai ciri tersendiri. Pilihan yang sesuai bergantung pada keadaan gigi dan keperluan rawatan anda.

Braces seramik (ceramic braces)

Braces seramik berfungsi hampir sama seperti braces besi biasa. Bezanya, bracket diperbuat daripada bahan yang berwarna seakan-akan gigi atau lutsinar.

Sebab itu, braces seramik kurang ketara apabila anda tersenyum. Namun, ia tetap memerlukan penjagaan kebersihan yang rapi dan tidak semestinya sesuai untuk semua pesakit.

Clear aligner

Clear aligner ialah pelapik gigi lutsinar yang dibuat khas mengikut bentuk gigi anda.

Berbeza dengan braces tetap, alat ini boleh ditanggalkan ketika makan dan membersihkan gigi.

Biasanya, clear aligner perlu dipakai sekitar 20 hingga 22 jam sehari. Setiap set akan ditukar mengikut jadual yang ditetapkan doktor gigi, lazimnya setiap satu hingga dua minggu.

Walau bagaimanapun, bukan semua masalah susunan gigi sesuai dirawat menggunakan clear aligner. Pemeriksaan diperlukan untuk menentukan kesesuaiannya.

Braces lingual

Braces lingual menggunakan bracket dan dawai yang dipasang pada bahagian belakang gigi, iaitu permukaan yang menghadap lidah.

Oleh sebab bracket berada di belakang gigi, braces jenis ini kurang kelihatan apabila anda tersenyum atau bercakap.

Namun, braces lingual tidak sesuai untuk semua keadaan gigi dan mungkin memerlukan doktor yang berpengalaman dalam teknik tersebut.

Adakah Dental Suite menawarkan pilihan ini?

Buat masa ini, Dental Suite menawarkan braces besi biasa, Damon self-ligating dan clear aligner (dari RM8,000, bergantung pada kes anda).

Braces seramik dan braces lingual tidak ditawarkan di klinik kami.

Kalau anda masih tidak pasti rawatan mana yang sesuai, doktor gigi boleh menerangkan pilihan yang ada selepas memeriksa keadaan gigi anda.

Pakej Braces BiasaRM150 Sebulan, Tanpa Deposit

Pakej RM4,500 dengan ansuran 30 bulan. Bayaran RM150 pada lawatan pertama dikira sebagai bulan pertama. Ketahui apa yang termasuk dan kos yang dicaj berasingan.

Lihat Pakej Braces →
Panduan

Harga Braces di Dental Suite: Apa Yang Termasuk dalam Pakej RM4,500?

Kami faham bahawa harga braces merupakan antara perkara utama yang ingin diketahui sebelum memulakan rawatan.

Apa Yang Perlu Anda Semak Bila Membandingkan Harga Braces?

Bila mencari harga braces, jangan tengok harga permulaan sahaja. Semak jumlah kos rawatan, apa yang termasuk dalam pakej, bayaran ansuran bulanan dan caj tambahan yang mungkin dikenakan.

Di Dental Suite, pakej braces biasa berharga RM4,500 dengan ansuran RM150 sebulan selama 30 bulan, tanpa deposit. Bayaran RM150 pada lawatan pertama sudah dikira sebagai ansuran bulan pertama.

Cabutan gigi, jika diperlukan, dan retainer selepas rawatan dicaj berasingan.

Pakej Braces Biasa

Harga keseluruhanRM4,500
Bayaran bulananRM150 selama 30 bulan
DepositTIADA

Anda hanya perlu membayar RM150 pada lawatan pertama, dan bayaran tersebut sudah dikira sebagai ansuran bulan pertama.

Pelan ansuran bulanan

23456789101112131415161718192021222324252627282930

Lawatan pertama

Ini jadual bayaran, bukan tempoh rawatan. Rawatan mungkin lebih singkat atau lebih lama.

Apa yang termasuk dalam pakej?

Semasa lawatan pertama:

  • Konsultasi dan pemeriksaan oleh doktor gigi.
  • X-ray OPG, iaitu imej sinar-X yang menunjukkan keseluruhan gigi dan rahang.
  • Cuci gigi (scaling dan polishing).
  • Pengambilan acuan gigi (impression) sebagai sebahagian daripada persediaan rawatan.

Sepanjang rawatan:

  • Pemasangan braces pada lawatan seterusnya, selepas pelan rawatan disediakan.
  • Pemeriksaan dan pelarasan braces secara bulanan sepanjang rawatan.

Apa yang tidak termasuk dalam pakej?

Terdapat dua perkara penting yang perlu anda ambil kira:

  • Cabutan gigi: Tidak semua pesakit perlu mencabut gigi sebelum memakai braces. Namun, jika cabutan diperlukan berdasarkan pelan rawatan, kosnya dikenakan secara berasingan.
  • Retainer: Selepas braces ditanggalkan, anda perlu menggunakan retainer untuk membantu mengekalkan kedudukan gigi. Retainer tidak termasuk dalam harga pakej dan dicaj secara berasingan.

Pakej RM4,500 ini adalah untuk braces biasa yang layak menerima rawatan standard. Kes yang memerlukan rawatan pakar ortodontik akan dinilai dan diberikan sebut harga berasingan.

Nota: Tempoh bayaran ansuran ialah 30 bulan. Tempoh rawatan braces pula bergantung pada keadaan gigi anda dan tidak semestinya sama dengan tempoh ansuran.

Panduan

Bagaimana Proses Memakai Braces di Dental Suite?

Jika ini kali pertama anda ingin memakai braces, mungkin anda tertanya-tanya apa yang akan berlaku dari awal sehingga rawatan selesai.

Secara umum, perjalanan rawatan braces melibatkan lima langkah berikut.

  1. Langkah 1: Konsultasi dan Pemeriksaan Pertama

    Bayaran: RM150 (ansuran bulan pertama)

    Pada lawatan pertama, doktor gigi akan memeriksa keadaan gigi, gusi dan gigitan anda.

    Lawatan ini merangkumi konsultasi, X-ray OPG, scaling dan polishing, serta pengambilan acuan gigi sebagai persediaan rawatan.

    Anda juga boleh menggunakan peluang ini untuk bertanya tentang masalah gigi yang ingin diperbetulkan, pilihan braces dan kos yang terlibat.

  2. Langkah 2: Penyediaan Pelan Rawatan

    Doktor gigi akan meneliti hasil pemeriksaan untuk menentukan pelan rawatan yang sesuai.

    Ini termasuk menilai susunan gigi, kedudukan gigitan dan sama ada terdapat keperluan untuk mencabut gigi atau mendapatkan penilaian pakar.

    Pelan rawatan akan diterangkan kepada anda sebelum rawatan diteruskan.

  3. Langkah 3: Pemasangan Braces

    Setelah pelan rawatan disediakan dan anda bersetuju untuk meneruskan rawatan, braces akan dipasang pada lawatan seterusnya.

    Doktor gigi akan melekatkan bracket pada gigi dan memasang dawai yang bersesuaian.

    Anda juga akan diajar cara memberus gigi, membersihkan celah bracket serta memilih makanan yang sesuai ketika memakai braces.

  4. Langkah 4: Pemeriksaan dan Pelarasan Bulanan

    Selepas braces dipasang, anda perlu datang semula secara berkala, lazimnya lebih kurang sebulan sekali mengikut jadual yang ditetapkan doktor gigi.

    Semasa lawatan ini, doktor gigi akan:

    • Memeriksa perubahan kedudukan gigi.
    • Melakukan pelarasan dawai atau komponen braces apabila diperlukan.
    • Memantau keadaan gigi dan gusi.
    • Memberikan nasihat penjagaan sepanjang rawatan.

    Kehadiran ke temu janji penting supaya perkembangan rawatan boleh dipantau dengan baik.

  5. Langkah 5: Tanggalkan Braces dan Pakai Retainer

    Apabila matlamat rawatan yang dirancang telah dicapai, doktor gigi akan menanggalkan braces.

    Walaupun braces sudah ditanggalkan, penjagaan selepas rawatan masih penting.

    Anda perlu memakai retainer mengikut arahan doktor gigi kerana gigi boleh bergerak semula dari kedudukan baharunya.

    Retainer dicaj secara berasingan daripada pakej braces.

Tempoh keseluruhan rawatan berbeza antara pesakit. Doktor gigi akan memberikan anggaran berdasarkan keadaan gigi dan pelan rawatan anda.

Panduan

Sakit Tak Pakai Braces? Apa Yang Perlu Dijangkakan?

Ini antara soalan yang paling kerap ditanya oleh mereka yang pertama kali ingin memakai braces.

Semasa pemasangan, kebanyakan pesakit tidak mengalami kesakitan yang ketara. Walau bagaimanapun, selepas braces dipasang, gigi mungkin mula terasa sengal atau sensitif apabila menggigit.

Rasa tidak selesa ini juga boleh berlaku selepas lawatan pelarasan braces.

Biasanya, rasa sengal akan beransur kurang selepas beberapa hari apabila mulut mula menyesuaikan diri.

Untuk membantu mengurangkan ketidakselesaan:

  • Pilih makanan yang lembut buat sementara waktu.
  • Elakkan menggigit makanan keras jika gigi masih sengal.
  • Dapatkan nasihat doktor gigi jika memerlukan ubat tahan sakit yang sesuai.
  • Hubungi klinik jika kesakitan berlarutan, bertambah teruk atau terdapat dawai yang mencucuk.

Apa nak makan pada hari-hari awal?

✓ Mudah dimakan

  • Bubur
  • Sup
  • Nasi lembut
  • Telur

✕ Elakkan

  • Kacang keras
  • Mengunyah ais
  • Gula-gula melekit
  • Menggigit epal tanpa dipotong

Elakkan makanan keras, makanan melekit dan tabiat mengunyah ais sepanjang memakai braces, bukan hanya pada hari-hari awal.

Pengalaman setiap pesakit mungkin berbeza, jadi jangan segan untuk bertanya kepada doktor gigi jika ada perkara yang merisaukan anda.

Panduan

Cara Menjaga Gigi Semasa Memakai Braces

Memakai braces bermakna anda perlu memberikan sedikit perhatian tambahan kepada kebersihan mulut.

Ini kerana sisa makanan dan plak lebih mudah terkumpul di sekitar bracket dan dawai. Jika tidak dibersihkan dengan baik, ia boleh meningkatkan risiko gigi berlubang, masalah gusi dan kesan putih pada permukaan gigi.

Kit penjagaan braces

  • Berus gigi lembut
  • Ubat gigi berfluorida
  • Berus interdental
  • Alat bantu flos
  • Lilin braces

Berikut beberapa langkah penjagaan yang penting:

  1. 1. Berus gigi dengan teliti. Berus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari menggunakan ubat gigi berfluorida. Sebaiknya, bersihkan gigi selepas makan, terutama di sekitar bracket dan dawai.
  2. 2. Bersihkan celah gigi. Gunakan berus interdental atau benang gigi khas untuk membersihkan kawasan yang sukar dicapai oleh berus gigi biasa.
  3. 3. Berhati-hati ketika makan. Elakkan makanan yang terlalu keras, rangup atau melekit kerana makanan tersebut boleh merosakkan atau menanggalkan bracket.
  4. 4. Kurangkan makanan dan minuman manis. Pengambilan gula yang kerap boleh meningkatkan risiko kerosakan gigi, terutamanya jika kebersihan mulut tidak dijaga dengan baik.
  5. 5. Jangan abaikan temu janji. Datang mengikut jadual pemeriksaan dan pelarasan yang ditetapkan oleh doktor gigi.
  6. 6. Hubungi klinik jika braces rosak. Jika bracket tertanggal atau dawai mencucuk pipi dan gusi, hubungi klinik untuk mendapatkan nasihat. Elakkan membetulkan sendiri komponen braces yang rosak.

Penjagaan yang baik bukan sahaja penting untuk rawatan braces, tetapi juga membantu memastikan gigi dan gusi kekal sihat selepas braces ditanggalkan.

Soalan lazim

Soalan Lazim Tentang Braces

Berapa lama perlu pakai braces?

Tempoh rawatan bergantung pada keadaan dan susunan gigi, masalah gigitan serta pergerakan gigi yang diperlukan.

Ada pesakit yang memerlukan rawatan lebih singkat, manakala kes yang lebih kompleks mungkin mengambil masa lebih lama.

Doktor gigi akan memberikan anggaran tempoh rawatan selepas pemeriksaan dan penyediaan pelan rawatan.

Sakit tak bila pakai braces?

Pemasangan braces biasanya tidak menyebabkan kesakitan yang ketara. Namun, gigi boleh terasa sengal atau tidak selesa selama beberapa hari selepas pemasangan dan pelarasan.

Jika rasa sakit tidak berkurang atau menjadi semakin teruk, hubungi doktor gigi untuk pemeriksaan.

Umur berapa boleh mula pakai braces?

Rawatan braces sering dimulakan apabila kebanyakan gigi kekal telah tumbuh. Walau bagaimanapun, masa yang sesuai bergantung pada perkembangan gigi dan keadaan setiap pesakit.

Orang dewasa juga boleh memakai braces, asalkan keadaan gigi dan gusi membenarkan rawatan.

Bagi pesakit bawah 18 tahun, anda boleh menghubungi klinik terlebih dahulu untuk menyemak keperluan kehadiran ibu bapa atau penjaga semasa konsultasi.

Apa beza braces biasa dengan Damon self-ligating?

Braces biasa menggunakan getah kecil untuk memegang dawai pada bracket.

Damon self-ligating pula menggunakan bracket dengan mekanisme klip terbina dalam.

Kedua-duanya boleh digunakan dalam rawatan ortodontik, bergantung pada kesesuaian pesakit. Damon tidak semestinya memberikan rawatan lebih cepat atau kurang sakit berbanding braces biasa.

Berapa harga braces dan boleh bayar ansuran?

Pakej braces biasa di Dental Suite berharga RM4,500 dengan bayaran RM150 sebulan selama 30 bulan, tanpa deposit.

Bayaran pertama RM150 dibuat semasa lawatan pertama dan terus dikira sebagai ansuran bulan pertama.

Cabutan gigi, jika diperlukan, dan retainer selepas rawatan dicaj berasingan.

Adakah semua orang perlu cabut gigi sebelum pakai braces?

Tidak semestinya.

Keperluan cabutan gigi bergantung pada ruang yang tersedia, kedudukan gigi dan pelan rawatan yang sesuai.

Doktor gigi akan menerangkan sama ada cabutan diperlukan selepas pemeriksaan. Jika perlu, kos cabutan dikenakan secara berasingan daripada pakej braces biasa.

Perlu pakai retainer selepas braces dibuka?

Ya. Retainer merupakan bahagian penting dalam penjagaan selepas rawatan ortodontik.

Ini kerana gigi masih boleh berubah kedudukan selepas braces ditanggalkan.

Doktor gigi akan menasihatkan jenis retainer dan cara pemakaian yang sesuai. Retainer dicaj berasingan.

Bila saya perlu berjumpa pakar ortodontik?

Sesetengah masalah susunan gigi atau gigitan yang lebih kompleks memerlukan penilaian oleh pakar ortodontik.

Jika keadaan anda memerlukan rawatan pakar, doktor gigi akan menerangkan langkah seterusnya.

Kos untuk kes yang memerlukan rawatan pakar ditentukan selepas penilaian dan tidak termasuk dalam pakej braces standard RM4,500.

Panduan

Ingin Tahu Sama Ada Braces Sesuai untuk Gigi Anda?

Setiap orang mempunyai susunan gigi dan keperluan rawatan yang berbeza.

Sebab itu, langkah pertama yang terbaik ialah mendapatkan pemeriksaan supaya doktor gigi dapat memahami keadaan gigi anda dan menerangkan pilihan yang sesuai.

Di Dental Suite, anda boleh bertanya tentang rawatan braces, kos dan perkara yang perlu disediakan sebelum lawatan pertama.

Kami mempunyai lima cawangan di Kuala Lumpur dan Selangor.

Suasana klinik kami

Dental Suite USJ
Dental Suite USJ
Dental Suite Setiawangsa
Dental Suite Setiawangsa
Dental Suite Shah Alam
Dental Suite Shah Alam
Dental Suite Setapak
Dental Suite Setapak
Dental Suite Bangi
Dental Suite Bangi

Mulakan dengan mendapatkan penjelasan yang betul

Anda tidak perlu membuat keputusan tentang jenis braces sebelum menjalani pemeriksaan.

Jika masih mempunyai soalan, pasukan Dental Suite boleh membantu anda memahami proses untuk memulakan rawatan dan mengatur lawatan pertama.

Tanya Tentang Braces Klinik