Ubat Gigi Pemutih
- Pemeriksaan gigi
- Tidak termasuk
- Cara berfungsi
- Terutamanya hilangkan kesan warna permukaan
- Perlindungan gusi
- Tak perlu pelindung khas
- Gigi ngilu
- Boleh berlaku dengan sesetengah produk
Pernah perasan gigi anda semakin kuning walaupun selalu memberus gigi?
*Merangkumi kelima-lima klinik Dental Suite.

Kopi, teh, merokok dan perubahan semula jadi apabila usia meningkat boleh mempengaruhi warna gigi. Ada kesan kekuningan yang sukar dihilangkan dengan memberus gigi sahaja.
Salah satu rawatan yang boleh dipertimbangkan ialah whitening gigi, atau pemutihan gigi.
Whitening ialah rawatan pergigian kosmetik yang menggunakan gel khas untuk mencerahkan warna gigi asli.
Di Dental Suite, rawatan whitening dilakukan di klinik selepas pemeriksaan oleh doktor gigi. Doktor akan memastikan keadaan gigi dan gusi anda sesuai sebelum rawatan dimulakan.
Dalam panduan ini, kami terangkan harga whitening gigi, perbezaan antara 1 dan 3 kitaran, proses rawatan, punca gigi terasa ngilu dan cara menjaga gigi selepas whitening.
Whitening boleh membantu mencerahkan gigi asli yang mengalami perubahan warna.
Contohnya, gigi yang semakin kekuningan akibat faktor usia atau kesan warna daripada kopi, teh dan merokok.
Namun, bukan semua jenis gigi kuning atau perubahan warna boleh dirawat dengan cara yang sama.
Doktor gigi perlu memeriksa keadaan gigi dan gusi terlebih dahulu.
1. Gigi yang mempunyai crown, veneer atau tampalan
Whitening tidak mengubah warna crown, veneer, tampalan atau bahan bonding.
Jika anda mempunyai crown atau veneer pada gigi depan, warnanya mungkin kelihatan berbeza selepas gigi asli diputihkan.
Doktor gigi akan menerangkan perkara ini sebelum rawatan supaya anda tahu apa yang boleh dijangkakan.
2. Satu gigi yang lebih gelap daripada gigi lain
Ada kalanya, satu gigi menjadi lebih gelap selepas mengalami kecederaan atau menjalani rawatan akar gigi (root canal treatment).
Keadaan seperti ini perlu diperiksa secara berasingan kerana whitening biasa mungkin tidak sesuai atau tidak memberikan perubahan yang diharapkan.
3. Gigi berwarna kelabu atau mempunyai kesan warna yang mendalam
Sesetengah kesan warna terbentuk di dalam struktur gigi, termasuk perubahan warna yang berlaku sejak zaman kanak-kanak.
Jenis kesan warna ini mungkin lebih sukar dirawat dan hasil whitening tidak semestinya dapat dijangka dengan tepat.
Doktor gigi mungkin menasihatkan anda supaya menangguhkan whitening jika:
Umur berapa boleh buat whitening gigi?
Dental Suite tidak menetapkan satu had umur minimum yang tetap. Namun, umur sahaja tidak menentukan sama ada seseorang sesuai untuk menjalani whitening.
Whitening untuk tujuan kosmetik biasanya tidak digalakkan bagi kanak-kanak, terutama jika masih mempunyai campuran gigi susu dan gigi kekal.
Bagi pesakit yang lebih muda, doktor gigi akan memeriksa perkembangan gigi, punca perubahan warna dan kesesuaian rawatan terlebih dahulu.
Setiap keadaan mempunyai pertimbangan tersendiri. Ada masalah yang perlu dirawat dahulu, dan ada keadaan yang memerlukan whitening ditangguhkan sebagai langkah berjaga-jaga.
Jawab beberapa soalan ringkas untuk kenal pasti perkara yang mungkin perlu diperiksa oleh doktor gigi.
Bahan ini tidak boleh diputihkan seperti gigi asli. Doktor gigi akan terangkan jika warnanya mungkin kelihatan berbeza selepas whitening.
Beritahu doktor tentang masalah ngilu ini. Penjagaan tambahan mungkin diperlukan sebelum whitening.
Gigi yang lebih gelap mungkin mempunyai punca perubahan warna yang berbeza dan perlu diperiksa secara berasingan.
Masalah ini mungkin perlu diperiksa dan dirawat sebelum whitening.
Whitening kosmetik biasanya ditangguhkan semasa hamil atau menyusukan bayi. Dapatkan nasihat doktor gigi.
Whitening biasanya dipertimbangkan selepas braces ditanggalkan.
Jawapan anda tidak menunjukkan masalah yang disenaraikan dalam semakan ringkas ini. Namun, umur dan keadaan kesihatan gigi juga perlu diambil kira. Doktor gigi akan menentukan kesesuaian selepas pemeriksaan.
Semakan ini hanya sebagai panduan awal. Ia bukan diagnosis dan tidak mengesahkan bahawa anda sesuai menjalani whitening.
Ramai yang tertanya-tanya, kalau sudah buat scaling, masih perlu buat whitening ke?
Sebenarnya, scaling dan whitening mempunyai fungsi yang berbeza.
| Perkara | Scaling & Polishing | Whitening |
|---|---|---|
| Tujuan utama | Membersihkan gigi | Mencerahkan warna gigi asli |
| Buang karang gigi | Ya | Tidak |
| Buang kesan warna permukaan | Sebahagiannya | Boleh mencerahkan kesan warna |
| Ubah tona gigi asli | Tidak memutihkan gigi | Ya, jika sesuai |
| Fokus rawatan | Kebersihan gigi dan gusi | Warna dan penampilan gigi |
| Di Dental Suite | Termasuk dalam kedua-dua pakej | RM399 (1 kitaran) / RM799 (3 kitaran) |
Scaling ialah rawatan untuk membuang plak dan karang gigi yang melekat pada permukaan gigi, termasuk kawasan berhampiran gusi.
Polishing pula membantu membuang sebahagian kesan warna pada permukaan gigi, seperti kesan kopi dan teh.
Selepas scaling dan polishing, gigi mungkin kelihatan lebih bersih dan cerah kerana kesan kotoran pada permukaannya telah dibuang.
Namun, scaling bukan rawatan untuk memutihkan warna gigi asli.
Whitening menggunakan gel pemutih untuk mencerahkan warna gigi asli melalui proses kimia.
Berbeza dengan scaling, whitening bukan bertujuan membuang karang gigi. Ia dilakukan untuk mengubah tona warna gigi.
Pembersihan gigi membantu membuang plak, karang gigi dan kesan warna di permukaan sebelum rawatan whitening.
Doktor gigi juga dapat memeriksa keadaan gigi dengan lebih jelas.
Di Dental Suite, scaling dan polishing sudah termasuk dalam kedua-dua pakej whitening.
Jika pemeriksaan mendapati ada masalah gigi atau gusi yang perlu dirawat dahulu, doktor gigi akan menerangkan perkara tersebut sebelum whitening diteruskan.
Sekarang ada pelbagai produk whitening yang boleh didapati di farmasi atau dibeli secara dalam talian.
Antaranya ubat gigi pemutih, whitening strips dan kit whitening dengan lampu LED.
Namun, cara penggunaan dan bahan yang digunakan tidak semestinya sama.
Kebanyakan ubat gigi pemutih membantu menghilangkan kesan warna pada permukaan gigi.
Ada juga produk yang mengandungi bahan pemutih tertentu, tetapi kesannya bergantung pada jenis dan kandungan produk.
Sesetengah produk whitening di rumah mengandungi bahan berasaskan peroksida yang boleh mencerahkan gigi asli.
Namun, jika tidak digunakan dengan betul, produk ini boleh menyebabkan gigi ngilu atau gusi mengalami iritasi.
Kandungan bahan, cara penggunaan dan hasil rawatan juga berbeza mengikut produk.
Rawatan whitening di klinik bermula dengan pemeriksaan gigi.
Doktor gigi akan memeriksa kesihatan mulut, mengenal pasti kemungkinan punca perubahan warna dan mengambil langkah untuk melindungi gusi semasa rawatan.
Jika anda mengalami rasa ngilu atau ketidakselesaan, doktor gigi boleh memeriksa puncanya dan menyesuaikan atau menghentikan rawatan apabila perlu.
Buat masa ini, Dental Suite hanya menawarkan whitening di klinik. Pakej whitening menggunakan acuan untuk dibawa pulang tidak ditawarkan.
Jika ini kali pertama anda mahu mencuba whitening, mungkin anda tertanya-tanya apa yang akan berlaku semasa rawatan.
Secara umum, whitening dirancang untuk diselesaikan dalam satu lawatan, sekiranya pemeriksaan mendapati gigi dan gusi anda sesuai.
Anggaran masa rawatan:
Anggaran ini termasuk pemeriksaan gigi, scaling, polishing dan rawatan whitening. Masa sebenar mungkin berbeza mengikut keadaan gigi anda.
Berikut ialah proses yang boleh anda jangkakan.
Doktor gigi akan memeriksa keadaan gigi dan gusi anda terlebih dahulu.
Pemeriksaan ini termasuk melihat sama ada terdapat gigi berlubang, masalah gusi, crown, veneer, tampalan atau masalah gigi sensitif.
Warna gigi sebelum rawatan juga akan diperiksa sebagai rujukan untuk perbandingan selepas whitening.
Doktor gigi akan membersihkan karang gigi, plak dan sebahagian kesan warna yang melekat pada permukaan gigi.
Pembersihan ini merupakan sebahagian daripada persediaan sebelum whitening.
Sebelum gel whitening disapu, doktor gigi akan mengambil langkah untuk melindungi gusi daripada terkena bahan pemutih.
Biasanya, lapisan pelindung khas akan diletakkan di sepanjang kawasan gusi.
Gel whitening akan disapu pada permukaan gigi.
Dental Suite menggunakan sistem whitening di klinik yang melibatkan penggunaan lampu khas sebagai sebahagian daripada prosedur.
Rawatan dilakukan sebanyak 1 atau 3 kitaran, bergantung pada pakej yang dipilih dan penilaian doktor gigi.
Jika anda terasa ngilu atau tidak selesa semasa rawatan, maklumkan kepada doktor gigi.
Selepas rawatan, doktor gigi akan membandingkan warna gigi dengan keadaan sebelum whitening.
Warna yang dilihat sejurus selepas rawatan mungkin berubah sedikit apabila kandungan air dalam gigi kembali normal.
Doktor gigi juga akan menerangkan cara menjaga gigi dan apa yang perlu dilakukan jika gigi terasa sensitif.


Warna crown tidak berubah selepas whitening. Jadi, crown mungkin nampak berbeza warna daripada gigi asli di sekelilingnya.
Ilustrasi sahaja. Hasil whitening berbeza bagi setiap orang.
Dental Suite menawarkan dua pilihan pakej whitening gigi di klinik.
Kedua-dua pakej sudah termasuk konsultasi, pemeriksaan gigi, scaling dan polishing. Anda tidak perlu membayar caj konsultasi berasingan bagi pakej ini.
RM399
Pakej ini termasuk:
Satu kitaran bermaksud satu pusingan rawatan whitening.
Pilihan ini mungkin sesuai untuk sesetengah pesakit yang mahukan perubahan warna yang tidak terlalu ketara, bergantung pada keadaan gigi dan jenis kekuningan.
RM799
Pakej ini termasuk:
Dengan 3 kitaran, tempoh keseluruhan rawatan whitening adalah lebih panjang berbanding 1 kitaran.
Sesetengah pesakit mungkin mendapat perubahan warna yang lebih ketara, tetapi hasilnya berbeza mengikut keadaan gigi masing-masing.
Penting: Rawatan whitening hanya akan dilakukan jika doktor gigi mendapati ia sesuai selepas pemeriksaan. Tahap keputihan yang akan diperoleh tidak dapat dijamin.
Satu kitaran ialah satu pusingan rawatan apabila gel whitening disapu pada gigi untuk tempoh yang ditetapkan.
Di Dental Suite, rawatan dilakukan menggunakan sistem whitening di klinik yang turut menggunakan lampu khas.
Tempoh setiap kitaran: Lebih kurang 30 minit.
Pakej 3 kitaran melibatkan tempoh rawatan yang lebih panjang. Namun, lebih banyak kitaran tidak semestinya bermaksud gigi setiap orang akan menjadi lebih putih pada kadar yang sama.
Doktor gigi akan menilai warna gigi anda, jenis kesan kuning, keadaan gigi dan tahap sensitiviti sebelum mencadangkan pilihan yang sesuai.
Bila mencari harga whitening gigi, jangan tengok harga yang dipaparkan sahaja.
Penting juga untuk tahu apa yang termasuk dalam pakej rawatan.
Antara perkara yang boleh anda semak:
Di Dental Suite, kedua-dua pakej RM399 dan RM799 sudah termasuk konsultasi, pemeriksaan gigi, scaling dan polishing.
Ini antara soalan yang paling kerap ditanya oleh mereka yang ingin mencuba whitening.
Kebanyakan pesakit boleh menjalani rawatan whitening tanpa kesakitan yang ketara. Namun, ada yang mengalami rasa ngilu semasa atau selepas rawatan.
Rasa ngilu ini kadangkala datang secara tiba-tiba, seperti rasa mencucuk sekejap pada gigi.
Gigi juga mungkin menjadi lebih sensitif apabila terkena minuman sejuk.
Keadaan ini biasanya bersifat sementara dan bagi ramai pesakit, ia beransur pulih dalam masa sehari atau dua hari.
Jika gigi anda sudah terlalu sensitif sebelum rawatan, doktor gigi mungkin mencadangkan supaya whitening ditangguhkan atau pelan rawatan diubah.
Hasil whitening tidak kekal selama-lamanya.
Lama-kelamaan, gigi boleh menjadi lebih gelap semula atau mendapat kesan warna baharu daripada makanan, minuman dan tabiat harian.
Berapa lama hasil whitening bertahan bergantung pada beberapa perkara:
Contohnya, kopi, teh dan teh tarik boleh menyebabkan kesan warna terkumpul pada permukaan gigi dari semasa ke semasa.
Memberus gigi dengan baik, menjalani pemeriksaan pergigian berkala dan mengurangkan tabiat yang menyebabkan kesan warna boleh membantu mengekalkan penampilan gigi.
Tiada satu tempoh yang sama untuk semua orang.
Selepas whitening, sesetengah pesakit mungkin mengalami masalah gigi ngilu buat sementara waktu.
Doktor gigi mungkin menasihatkan anda supaya berhati-hati dengan minuman yang terlalu panas atau sejuk.
Ada juga pesakit yang memilih untuk mengurangkan makanan dan minuman berwarna pekat dalam tempoh 24 hingga 48 jam pertama.
Namun, kajian tidak menunjukkan bahawa setiap orang wajib mengamalkan diet makanan putih selepas whitening.
Anda tidak perlu makan makanan putih sahaja, melainkan doktor gigi memberikan arahan khusus berdasarkan rawatan anda.
Untuk penjagaan jangka panjang, elakkan merokok dan amalkan kebersihan mulut yang baik.
Ada pesakit yang memilih untuk mengurangkan makanan dan minuman berwarna pekat dalam 48 jam pertama. Namun, diet makanan putih bukan satu kemestian. Ikut nasihat doktor gigi anda.
🚭 Elakkan merokok: Merokok boleh menyebabkan kesan warna pada gigi dan menjejaskan kesihatan mulut.
Ini cadangan penjagaan, bukan pantang makanan yang wajib. Kebersihan gigi dan tabiat harian lebih penting untuk penjagaan jangka panjang.
Whitening ialah rawatan kosmetik yang berbeza daripada scaling atau rawatan membersihkan karang gigi.
Secara umum, perkhidmatan pergigian kerajaan di Malaysia memberikan tumpuan kepada pemeriksaan gigi, tampalan, cabutan, scaling, pendidikan kesihatan mulut dan rawatan kecemasan.
Whitening kosmetik tidak disenaraikan sebagai perkhidmatan rutin dalam maklumat awam Kementerian Kesihatan Malaysia.
Jika anda ingin mendapatkan whitening di klinik kerajaan, sebaiknya hubungi klinik tersebut untuk menyemak sama ada rawatan berkenaan disediakan.
Di Dental Suite, whitening gigi di klinik ditawarkan di lima cawangan sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, dengan harga bermula RM399.
Pakej whitening 1 kitaran berharga RM399, manakala pakej 3 kitaran berharga RM799.
Kedua-duanya termasuk konsultasi, pemeriksaan gigi, scaling dan polishing.
Pakej 3 kitaran melibatkan tempoh rawatan whitening yang lebih panjang.
Sesetengah pesakit mungkin mendapat perubahan warna yang lebih ketara, tetapi ia tidak dijamin.
Doktor gigi akan memeriksa keadaan gigi anda sebelum mencadangkan pilihan yang sesuai.
Banyak jenis kesan kekuningan boleh dikurangkan melalui whitening.
Namun, tahap perubahan warna bergantung pada punca gigi kuning, warna gigi sebelum rawatan dan tindak balas gigi terhadap bahan whitening.
Tiada jumlah tona tertentu yang boleh dijamin untuk semua pesakit.
Doktor gigi akan memeriksa warna gigi sebelum rawatan dan membandingkannya selepas whitening.
Hasilnya berbeza mengikut keadaan gigi masing-masing.
Whitening yang dilakukan dengan pemantauan doktor gigi merupakan salah satu prosedur pergigian kosmetik yang biasa digunakan untuk pesakit yang sesuai.
Namun, kesan sampingan seperti gigi ngilu atau iritasi gusi boleh berlaku.
Sebab itu, pemeriksaan gigi penting sebelum rawatan dimulakan.
Tidak. Bahan yang digunakan untuk crown, veneer dan tampalan tidak berubah warna seperti gigi asli apabila menjalani whitening.
Jika anda mempunyai crown atau veneer pada gigi depan, bincangkan dengan doktor sebelum membuat rawatan.
Doktor gigi akan memeriksa keadaan gigi dan menentukan pembersihan yang diperlukan sebelum whitening.
Di Dental Suite, scaling dan polishing sudah termasuk dalam kedua-dua pakej whitening.
Whitening biasanya lebih sesuai dilakukan selepas braces tetap ditanggalkan supaya doktor gigi dapat memeriksa dan merawat permukaan gigi dengan lebih sekata.
Rawatan melibatkan pemeriksaan gigi, scaling dan polishing, serta 1 atau 3 kitaran whitening.
Anggaran masa rawatan:
Anggaran ini termasuk pemeriksaan gigi, scaling, polishing dan rawatan whitening. Masa sebenar mungkin berbeza mengikut keadaan gigi anda.
Tempohnya berbeza antara seorang pesakit dengan pesakit yang lain.
Whitening tidak kekal selama-lamanya. Kesan warna boleh muncul semula secara beransur-ansur, bergantung pada tabiat makan, minum, merokok dan cara anda menjaga gigi.
Rawatan whitening gigi di klinik tersedia di cawangan Dental Suite berikut:
Anda boleh menghubungi pasukan kami melalui WhatsApp untuk bertanya tentang rawatan whitening atau menetapkan temu janji di cawangan pilihan anda.
Tak pasti sama ada perlu pilih 1 atau 3 kitaran? Risau gigi akan terasa ngilu? Atau cuma mahu tahu bagaimana rawatan dilakukan?
Pasukan Dental Suite boleh membantu menjelaskan proses rawatan dan langkah seterusnya.
Doktor gigi akan menentukan sama ada whitening sesuai selepas pemeriksaan gigi dan gusi.